Monday, August 30, 2010

seram! huh

balik keje hari ni terus pergi KL. naik komuter ye. aku dah lama tak naik komuter.
habis berjalan - jalan di tempat sama selama 2 jam lebih, aku pun balik.

dari SOGO aku jalan kaki ke stesen komuter Bank Negara.
tak best - kawasan pejalan kaki dari bawah stesen STAR LRT Bandaraya tu gelap. lampu tak on ( rosak kot) . sepanjang jejantas tu sampai ke stesen komuter gelap.
nasib baik aku lelaki. kalau aku perempuan mesti aku takut. seram.. ha ha ha.

sampai stesen komuter ramai orang beratur kat mesin. mesin ada 5 tapi 2 aje yang boleh terima duit kertas, lain semua kene pakai syiling je. kaunter tutup. apadaa... ni bukan zaman dulu orang bawak syiling dalam uncang. ha ha ha

ok lepas naik komuter, tak lama lepas tu aku pun sampai . destinasi rahsia. misteri. aku naik teksi pulak. dari stesen ke rumah aku tak sampai 5kilometer. jalan clear, tak jem. tapi dia charge aku RM10.00 . mahal. tak pakai meter. berubahlah brader teksi.. jangan cekik darah.

ha ha ha

ok , selamat menyambut hari kebangsaan yang ke 53!

hantu


bukan filem ni aku tengok. filem ni 'legend'

hari sabtu yang lalu aku tengok wayang - vampire suck - kelakar.
tapi tak bleh lawan scary movie.
aku bukan nak review movie ni. saje je nak bagitau aku tengok wayang.

sebelum pergi member ofis aku cakap macam ni - kau ni bulan puasa pun tengok wayang... aku jawab apa pun aku lupa. tapi aku pergi jugak.

ye aku tengok wayang sorang2. baru misteri.


ha ha ha



selang!

khamis kerja
jumaat cuti
sabtu keje 4 jam
ahad cuti
*isnin keje
selasa cuti
rabu keje
khamis keje
jumaat keje
sabtu cuti
ahad cuti
isnin keje
selasa cuti
rabu cuti
khamis cuti
jumaat cuti - dah raya !

*hari ni - xde mood nak keje (hari2 pun takde mood sebenarnye)

ha ha ha

tuan2 dan puan2 lama ke cuti raya?

Saturday, August 28, 2010

sesak!

hari ni sabtu - 28.08.2010 / 18 Ramadhan 1431 - KL pasti sesak dengan orang yang sibuk membeli belah untuk raya. dah tau dan pasti mesti sesak - parking susah, mahal plak tu, kalau naik lrt/komuter/monorel mesti penuh gila , kene berhimpit macam sardin (kalau kene himpit dengan awek cun ok la jugak!)

tapi ini lah meriahnya nak sambut raya kat kl ni. kalau takde kesesakan memang tak best

tuan2 dan puan2 dah beli baju raya?
aku belum sebab belum gaji lagi

ha ha ha

oh - selamat menyambut hari ulangtahun kemerdekaan Semenanjung Malaysia ye - lagi 3 hari

Friday, August 27, 2010

Nuzul Al-Quran !

Hari ini  17 Ramadhan - Nuzul Al Quran
Marilah kita - aku dan kamu semua - dekatkan diri dengan Al-Quran - baca , fahami , amalkan.


sumber gambar - Google

susah? kita cuba sama2. (aku pun dah lama tak baca Quran)

libur!

selangor cuti. KL takcuti.

mana aku nak pegi hari ni.

nak pegi KL mesti jem gila.

lepak rumah- tidur - perkara yang terbaik yang boleh dilakukan.

ha ha ha

kepada yang bekerja/ belajar/ melepak/ menganggur di Selangor dan kawasan yang sewaktu dengannya : selamat bercuti

Wednesday, August 25, 2010

motor

ini bukan motor aku..
bukan gambar hiasan
tapi kalau ada orang nak bagi aku moto ni aku terpaksa terima

ha ha ha 

Tuesday, August 24, 2010

masa depan orang yang tidak siuman! huh!

aku taknak jadi gila.
tadi kat berita ade cerita orang gila sembelih anak sendiri umur 3 tahun. gila. kalau tak gila tak buat macam tu.
minta tuhan ampunkan dia dan aku.

kalau tak gila keadaan ni takkan berlaku. (sumber gambar gagal dikenalpasti)

ha ha ha

8 atau 20 rakaat?

malam ni tak pergi terawih kat surau.
mungkin terawih di rumah je.. atau tak langsung.
tah apesal malas aku pun tak tau.
misteri.

ha ha ha

rugi-rugi

jurutaip!

sesiapa yang nak jadi jurutaip boleh buat latihan di sini . yang saje2 nak berlatih pun boleh

ha ha ha

Sunday, August 22, 2010

sedap malam! dan selamat hari raya (dah lepas)!

jalan ni aku jumpa masa sedang meronda naik motor kat area Denpasar, Bali bulan Mei hari tu. benda yang sedap tak semestinya d waktu malam kan..

ini plak bukti hari raya sebenarnye dah lepas.. oh ye bukan hari raya Aidilfitri ye, tapi hari raya bagi orang bali. meriah! (tapi aku balik KL sehari sebelum raya jadi tak sempat celebrate)

itu aje untuk kali ini..

ha ha ha

cat rumah!

aku pun tak tau la apesal aku gatal sangat nak cat rumah.
sebelum puasa sampai sekarang tak setel lagi, buat sikit2.
ni pun baru habis, cat satu dinding je.
kalau banyak takut tak larat nak puasa.

ha ha ha

cat rumah warna merah jambu @ pink

tidurlah , mazin?

susah lak nak tidor malam ni. dah pukul 2 lebih ni..
siang tido kejap je.. apesal ha?

misteri.

kalau aku tdo sekarang kejap lagi nak kene bangun sahur jugak.

hmmm...

bahaya?

Saturday, August 21, 2010

tidur!

baru bangun tidur. sakit tengkuk aku. salah landing kot
sekarang tak tau apa nak buat. mungkin ke pasar ramadan kejap lagi.

sunyi je hari ni.. macam biasa

ha ha ha

pasar ramadhan

suka pergi tapi kesudahannye tak tau nak beli apa. jadi , belilah benda yang memang selalu dibeli - tepung pelita, murtabak, air tebu @ soya,

hari tu aku beli air tebu kat pasar ramadhan basi - masam. takpela bukan rezeki.

oh aku pun penah meniaga di pasar ramadhan - best
hahaha

selamat berblog, aku!

salam kepada semua dan diri sendiri.
hola. macam biasa gatal nak berblog, sebab blog sebelum ni dah lupa password sebab dah lama tak online.
mula2 je.. hangat-hangat tayik ayam.

hari ni hari berpuasa ke 11 tahun ni.. harap hari puasa ke 11 tahun depan aku masih berblog.

chiow!