Sunday, September 26, 2010

united!

chelsea kalah , arsenal kalah - dah cantik la tu.
apesal la boleh seri je pulak game tadi. aduhhhh
rugi-rugi

liverpool ? - ha ha ha ha ha ha ha ha ha

Saturday, September 25, 2010

ok! :) ngeh ngeh

dah ok. kembali aman damai buat sementara waktu.
sesi perdamaian di Theobroma Chocolate Lounge kat The Curve.

ok la..

Thursday, September 23, 2010

.......!!!

hormat
jangan kurang ajar
tolong paham aku sapa - kau sapa
jangan sampai aku mengamuk!

Monday, September 20, 2010

tv dan perabot baru.

hari jumaat hari tu tv rosak. gila la time aku cuti plak dia rosak. bosan takde tv. aku pun konon2 keluar la pegi kedai nak cari tv baru - tv lcd la, baru cool ( ha ha ha - tak klakar). skali budget tak ngam.. jadi nye hantar repair je la tv yang rosak tu.. tapi tv lcd tetap akan aku sambar - tunggu la lagi 2-3 bulan. baru la trendy pakai tv slim ... ha ha ha

lepas tu tiba2 je aku rasa banyak barang nak kene tukar / tambah kat umah ni.
meja komputer , sofa , rak tv dll. tapi biasa la, duit dalam poket sebenarnya tinggal ngam2 je sampai hari gaji yang akan datang. (duit takde tapi selera macam anak raja) hmmm...

dan jugak aku tiba2 gian nk main PS2 balik.. hari tu masa ada aku jual kat sini - konon dah boring ... skarang dah stim balik nak main...

ok itu aje untuk kali ini, jumpa lagi di lain masa... ta ta

mak..

2-3 minggu ni aku asyik teringat kat arwah mak aku. tak tau kenapa. mungkin dah lama sangat aku tak ziarah kubur mak aku, tapi insyaAllah aku akan selalu sedekah fatihah untuk arwah mak aku.

raya tahun ni pun aku tak pegi kubur. :(

menangis dalam hati - orang lain tak tau

emosi la sangat.. ha ha ha

Tuesday, September 14, 2010

sambung!

aku dah start keje semalam. mood raya hilang kejap, tapi mood akan datang balik hujung minggu.

ha ha ha

Tuesday, September 7, 2010

balik kampung - Selamat Hari Raya!

aku nak balik kampung. sambung lagi lepas raya..

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI - MAAF ZAHIR BATIN!

ha ha ha

Saturday, September 4, 2010

bakar!

aku terasa nak makan ayam bakar untuk buka hari ni. bukan beli punye ye - nak masak sendiri. tapi aku tak tau camana nak buat. takpe , Google kan ada.

ha ha ha

Friday, September 3, 2010

iftar!

tetiba teringat benda bawah ni . aku makan kat 'wang solo' kat Bali hari tu. dapat makan masa buka puasa best-tapi kene double sebab aku makan banyak. air - alpokat sejuk... pergghh ..

gambar koleksi peribadi

nama ikan ni : gurame (kalau tak salah aku la)

tapi Bali tak best-bagi aku la..

ha ha ha

petrol? huh! penat

semalam penat. balik keje motor habis petrol tengah jalan. lupa nak isi masa balik keje.
nasib baik stesen minyak tak jauh - tak jauh pun berpeluh jugak ketiak dan anggota lain menolak motor. lokasi? macam biasa la.. rahsia.

sampai rumah 7.30 malam, selepas waktu berbuka.

ok itu je aku nak bagitau.

yosshhhhh......

ha ha ha

Wednesday, September 1, 2010

yatim

tadi berbuka di luar. makan bufet - lokasi macam biasa - rahsia.
makan ok, orang tak berapa ramai.

ada grup anak2 yatim/miskin , lebih kurang dalam 50 orang buka puasa sekali kat situ.
sedih, kesian aku tengok diorang. tapi diorang ceria je aku tgk. ok , itu je.

oh ye, aku pun anak yatim.

takde gelak2 sebab tengah terharu.

ha ha ha

aku nak ! huh

sumber gambar : Google

aku suka benda di atas ni. nak beli sekarang - tak mampu. sabar. InsyaAllah

ha ha ha