Monday, August 30, 2010

seram! huh

balik keje hari ni terus pergi KL. naik komuter ye. aku dah lama tak naik komuter.
habis berjalan - jalan di tempat sama selama 2 jam lebih, aku pun balik.

dari SOGO aku jalan kaki ke stesen komuter Bank Negara.
tak best - kawasan pejalan kaki dari bawah stesen STAR LRT Bandaraya tu gelap. lampu tak on ( rosak kot) . sepanjang jejantas tu sampai ke stesen komuter gelap.
nasib baik aku lelaki. kalau aku perempuan mesti aku takut. seram.. ha ha ha.

sampai stesen komuter ramai orang beratur kat mesin. mesin ada 5 tapi 2 aje yang boleh terima duit kertas, lain semua kene pakai syiling je. kaunter tutup. apadaa... ni bukan zaman dulu orang bawak syiling dalam uncang. ha ha ha

ok lepas naik komuter, tak lama lepas tu aku pun sampai . destinasi rahsia. misteri. aku naik teksi pulak. dari stesen ke rumah aku tak sampai 5kilometer. jalan clear, tak jem. tapi dia charge aku RM10.00 . mahal. tak pakai meter. berubahlah brader teksi.. jangan cekik darah.

ha ha ha

ok , selamat menyambut hari kebangsaan yang ke 53!

2 comments:

  1. sebab 'destinasi rahsia' sebab tu drebar taxi letak mahal..hahaha

    ReplyDelete
  2. tu la, nak bajet misteri sgt kan, huhu

    ReplyDelete