Monday, August 30, 2010

seram! huh

balik keje hari ni terus pergi KL. naik komuter ye. aku dah lama tak naik komuter.
habis berjalan - jalan di tempat sama selama 2 jam lebih, aku pun balik.

dari SOGO aku jalan kaki ke stesen komuter Bank Negara.
tak best - kawasan pejalan kaki dari bawah stesen STAR LRT Bandaraya tu gelap. lampu tak on ( rosak kot) . sepanjang jejantas tu sampai ke stesen komuter gelap.
nasib baik aku lelaki. kalau aku perempuan mesti aku takut. seram.. ha ha ha.

sampai stesen komuter ramai orang beratur kat mesin. mesin ada 5 tapi 2 aje yang boleh terima duit kertas, lain semua kene pakai syiling je. kaunter tutup. apadaa... ni bukan zaman dulu orang bawak syiling dalam uncang. ha ha ha

ok lepas naik komuter, tak lama lepas tu aku pun sampai . destinasi rahsia. misteri. aku naik teksi pulak. dari stesen ke rumah aku tak sampai 5kilometer. jalan clear, tak jem. tapi dia charge aku RM10.00 . mahal. tak pakai meter. berubahlah brader teksi.. jangan cekik darah.

ha ha ha

ok , selamat menyambut hari kebangsaan yang ke 53!

hantu


bukan filem ni aku tengok. filem ni 'legend'

hari sabtu yang lalu aku tengok wayang - vampire suck - kelakar.
tapi tak bleh lawan scary movie.
aku bukan nak review movie ni. saje je nak bagitau aku tengok wayang.

sebelum pergi member ofis aku cakap macam ni - kau ni bulan puasa pun tengok wayang... aku jawab apa pun aku lupa. tapi aku pergi jugak.

ye aku tengok wayang sorang2. baru misteri.


ha ha ha



selang!

khamis kerja
jumaat cuti
sabtu keje 4 jam
ahad cuti
*isnin keje
selasa cuti
rabu keje
khamis keje
jumaat keje
sabtu cuti
ahad cuti
isnin keje
selasa cuti
rabu cuti
khamis cuti
jumaat cuti - dah raya !

*hari ni - xde mood nak keje (hari2 pun takde mood sebenarnye)

ha ha ha

tuan2 dan puan2 lama ke cuti raya?

Saturday, August 28, 2010

sesak!

hari ni sabtu - 28.08.2010 / 18 Ramadhan 1431 - KL pasti sesak dengan orang yang sibuk membeli belah untuk raya. dah tau dan pasti mesti sesak - parking susah, mahal plak tu, kalau naik lrt/komuter/monorel mesti penuh gila , kene berhimpit macam sardin (kalau kene himpit dengan awek cun ok la jugak!)

tapi ini lah meriahnya nak sambut raya kat kl ni. kalau takde kesesakan memang tak best

tuan2 dan puan2 dah beli baju raya?
aku belum sebab belum gaji lagi

ha ha ha

oh - selamat menyambut hari ulangtahun kemerdekaan Semenanjung Malaysia ye - lagi 3 hari

Friday, August 27, 2010

Nuzul Al-Quran !

Hari ini  17 Ramadhan - Nuzul Al Quran
Marilah kita - aku dan kamu semua - dekatkan diri dengan Al-Quran - baca , fahami , amalkan.


sumber gambar - Google

susah? kita cuba sama2. (aku pun dah lama tak baca Quran)

libur!

selangor cuti. KL takcuti.

mana aku nak pegi hari ni.

nak pegi KL mesti jem gila.

lepak rumah- tidur - perkara yang terbaik yang boleh dilakukan.

ha ha ha

kepada yang bekerja/ belajar/ melepak/ menganggur di Selangor dan kawasan yang sewaktu dengannya : selamat bercuti

Wednesday, August 25, 2010

motor

ini bukan motor aku..
bukan gambar hiasan
tapi kalau ada orang nak bagi aku moto ni aku terpaksa terima

ha ha ha