Monday, January 17, 2011

25 perkara tentang AKU!

"Once you have been tagged, you a suppose to write a note, with 25 random thing, fact, habit or goal about you. At the end, choose 25 people to be tagged. You have to tagged the person who tagged you. If i tag you, it's because i want to know more about you. Your cooperation is highly appreciated."

first time aku kene benda2 tag-tag ni. mampus. mana aku kenal sapa2 selain azat . sampai hati ko seksa aku bro. tapi aku try la. entry ni akan jadi rekod entry terpanjang aku....
ni pasal aku :

1. mazin bukan nama sebenar aku.

2. aku pakai cermin mata. aku rabun

3. aku suka bola. dah lama tak main. tengok game kat tv je.. (aku tau azat tak suka bola)

4. aku suka ber-karaoke. party K-Box SS2 ada promosi RM 10 per entry + free drink 12pm - 3pm. bebaloi-baloi (promosi?)

5. band kegemaran aku - Search dan NICO

6. aku selalu sorang sebab orang rumah keje shift. so selalu keluar sorang2.

7. aku suka baca buku. buku terakhir aku beli : Hati Muda Bulan Muda - antologi cerpen A Samad Said

8. aku tak suka drive kete - aku suka bawak motor je.

9. aku tak suka traffik jam. jam kat LDP boleh  buat aku gila

10. aku suka pantai. kalau nak ajak aku bercuti mesti tempat ada pantai. pantai dalam tak kira ye.

11. aku suka kasut. kalau nak ikut aku ada berpuluh-puluh ( dari dulu la). tapi sekarang dalam simpanan ada 6 pasang je. lain semua dah hilang + bung sebab buruk + jual kat member

12. aku peminat tegar kedai bundle. dulu - kini - selamanya

13.  keje aku sekarang bukan jiwa aku. aku macam robot - buat keje tanpa jiwa.

14. aku penah belajar kat sekolah seni.

15. aku suka warna hitam dan biru.

16. aku mengidam nak pakai moto besar. usaha sedang dijalankan untuk mencapai cita-cita

17. bilik aku takde katil . tilam atas lantai je. stail jepun kot..

18. aku suka makan nasi padang / minang

19. orang yang kenal aku yang tau aku ada blog - isteri aku sorang

20. aku dah lama berenti merokok. sebab berenti - aku takde duit nak beli..

21. aku pernah masuk tv

22. lagi 2 tahun aku plan nak jual rumah aku ... sapa nak beli simpan duit dari sekarang

23. aku dah kerje lebih 10 tempat - termasuk keje part time dan praktikal + meniaga sendiri

24. kalau aku bosan dengan kerja aku, aku terus stop. sebab tu la aku selalu tukar kerja. sekarang je tak boleh sebab dah ada tanggungan

25. aku pendiam dengan orang baru kenal. dengan yang lama kenal pun aku pendiam. aku ni susah nak berkawan kot....(yo la tu)

huh.. lepas seksa aku. jadi, sebab aku baru lagi blogging aku tak kenal orang lagi. so aku cuma nak tagged azat balik - sebab aku nak tau lagi 25 benda mengarut pasal dia. lagi satu aku nak tagged cikmot sebab hari ni aku mentelaah blog dia. heh. aku jumpa cikmot kat syoknye blogging. aku rasa dia tak penah baca blog aku!

sorry la,aku tak kenal sampai 25 orang...boleh la kot..

2 comments:

  1. muahahaaaa.... aku lagi 100 bende pelik pun bole list kan yeeayyy

    ReplyDelete