Thursday, January 13, 2011

arak dihalalkan..

sumber berita dari sini.. komen aku kat bawah.

Seorang pegawai kanan di sebuah pub, @live, di Sunway Pyramid, yang hanya mahu dikenali sebagai Johari mendakwa 50 peratus pusat hiburan di Subang akan ditutup jika pihak berkuasa benar-benar bertindak.

NONE“Majoriti kakitangan kami adalah pekerja tempatan beragama Islam, dan ini adalah sesuatu yang biasa dalam industri ini,” kata Johari yang mempunyai pengalaman 10 tahun dalam bidang berkenaan.

Beliau berpendapat pihak berkuasa sengaja mensasarkan sektor hiburan, sedangkan pusat-pusat industri yang lebih besar tidak tertakluk mematuhi garis panduan yang sama.

“Jika mereka ingin mengharamkan pekerja Islam (daripada bekerja di tempat yang menyediakan alkohol), bagaimana pula dengan orang Islam yang bekerja di Guinness Anchor dan Carlsberg?

“Bagaimana pula dengan pramugari MAS (Penerbangan Malaysia)? Mereka menghidangkan lebih banyak minuman keras daripada apa yang kami hidangkan di sini,” katanya


komen aku : betul la apa En. Johari ni cakap... tapi bagi aku kalau kau tau benda kau buat ni salah dari segi agama(bkan undang2 manusia) , pegi la buat benda lain.. itu je la aku nak cakap. yang lain, En Johari dan kawan2 pikir sendiri ye.. keje dah sepuloh tahun mesti la dah mumayyiz..

2 comments: